Result list

Selatan Malaysia

Hotel Seri Malaysia Seremban
Hotel Seri Malaysia Seremban

Hotel Seri Malaysia Seremban dibina di atas sebuah bukit di Bandar Seremban. Ia mempunyai 50 buah bilik dan sebuah kafe untuk tetamu dan juga terbuka kepada orang awam. Dari sini, tetamu mudah untuk ke lokasi-lakosi menarik sekitar Bandar Seremban yang terkenal dengan hidangan nasi padang atau sajian Minangkabau kerana susur galur budaya negeri ini yang banyak dipengaruhi citra tradisi Minangkabau.

Dari RM 100
LIHAT
Hotel Seri Malaysia Melaka
Hotel Seri Malaysia Melaka

Hotel Seri Malaysia Melaka terletak hanya 1 kilometer dari susur keluar Ayer Keroh. Ia berdekatan dengan pelbagai destinasi pelancongan utama seperti Zoo Melaka, Taman Reptilia dan Rama-rama, Taman Mini Asean, Taman Buaya, Muzium Lebah Madu dan Taman Rekreasi Ayer Keroh bagi penggemar aktiviti riadah. Ia hanya mengambil masa kurang 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur dan 2 jam dari Johor Bahru.

Dari RM 180
LIHAT
Hotel Seri Malaysia Johor Bahru
Hotel Seri Malaysia Johor Bahru

Hotel ini terletak di Larkin; kira-kira 10 minit pemanduan dari Bandaraya Johor Bahru dan 32km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura. Terkenal sebagai lokasi jualan barang-barang murah serta kemeriahan pasar malam, Johor Bahru adalah sebuah bandaraya yang pesat membangun dengan adunan bangunan-bangunan tradisi dan moden.

Dari RM 140
LIHAT
Hotel Seri Malaysia Mersing
Hotel Seri Malaysia Mersing

Hotel Seri Malaysia Mersing terletak 135km dari Johor Bahru, 185km dari Singapura, 171km dari Kuantan dan 438km dari Kuala Lumpur. Memandu ke Mersing pastinya memberi anda pengalaman yang istimewa menelurusi rimba tropika yang hijau, perkampungan Orang Asli serta kampung-kampung tradisional. Hotel ini dikelilingi kehijauan hutan semulajadi yang berhampiran dengan jajaran pantai bahagian timur negeri Johor.

Dari RM 100
LIHAT
Hotel Seri Malaysia Port Dickson
Hotel Seri Malaysia Port Dickson

Hotel Seri Malaysia Port Dickson terletak di lokasi strategik menghadap Selat Melaka. Dengan kemudahan lebuhraya yang baru dibina, pemanduan anda ke lokasi ini pastinya begitu selesa. Pekan kecil ini pernah menjadi terkenal dengan pengeluaran arang. Kini, ia telah dibangunkan menjadi destinasi tumpuan pelancong dengan keunikan pantainya yang panjang.

Dari RM 158
LIHAT