Result list

Utara Malaysia

Hotel Seri Malaysia Alor Setar
Hotel Seri Malaysia Alor Setar

Hotel Seri Malaysia Alor Setar terletak berhampiran Kompleks Stadium Negeri, di tengah Bandar Alor Setar. Pengunjung yang memandu sendiri pastinya mudah untuk menuju ke lokasi ini. Manakala bagi mereka yang memilih menggunakan perkhidmatan penerbangan, ia hanya mengambil masa 15 minit dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di kepala Batas (Alor Setar). Lokasi transit yang amat sesuai bagi pelancong ke Pulau Langkawi.

Dari RM 100
LIHAT
Hotel Seri Malaysia Ipoh

Hotel Seri Malaysia Ipoh terletak di lokasi strategik bersebelahan Ipoh Turf Club, di tengah Bandaraya Ipoh. Ini memudahkan pengunjung melawat ke tempat-tempat menarik yang lain. Hotel ini dilengkapi kemudahan moden dan memberikan perkhidmatan pelanggan berkualiti dan amat memuaskan. Hotel ini juga menawarkan bilik-bilik serbaguna sesuai untuk persidangan, mesyuarat dan acara khas lain.

Dari RM 100
LIHAT
Hotel Seri Malaysia Kangar
Hotel Seri Malaysia Kangar

Terletak di Kangar, ibu negeri Perlis yang merupakan negeri di kedudukan paling utara Semenanjung Malaysia dan hanya 10 minit tempoh pemanduan dari Bandar DiRaja Arau. Hotel Seri Malaysia Kangar menawarkan pelbagai kemudahan untuk keselesaan penginapan anda. Pelbagai perkhidmatan lain turut boleh didapati di sini.

Dari RM 200
LIHAT
Hotel Seri Malaysia Kepala Batas
Hotel Seri Malaysia Kepala Batas

Hotel ini dibina di sebuah bangunan 6 tingkat dan terletak di tengah Kompleks Kailan, Pekan Kepala Batas yang menempatkan kediaman asal Perdana Menteri Malaysia ke-5. Hanya beberapa minit pemanduan dari susur keluar Bertam melalui Lebuhraya PLUS dimana terletaknya Penang Golf Resort.

Dari RM 110
LIHAT
Hotel Seri Malaysia Kulim
Hotel Seri Malaysia Kulim

Hotel ini mempunyai matlamat untuk memberikan keselesaan sepanjang urusan perniagaan dan percutian anda sempurna, melalui layanan mesra, menarik dan lembut. Ia merupakan tempat persinggahan tetap untuk pencinta burung sebagai transit sebelum meneruskan perjalanan ke Royal Belum semasa musim memerhati burung tahunan. Pekan Kulim juga terkenal dengan Hutan Lipur Sungai Sedim yang menyediakan pusat rekreasi sukan ekstrem seperti aktiviti berakit. Kulim juga merupakan bandar Zon Industri Hi-Tech.

Dari RM 100
LIHAT
Hotel Seri Malaysia Pulau Pinang
Hotel Seri Malaysia Pulau Pinang

Terletak di lokasi yang mudah dikunjungi, Hotel Seri Malaysia Pulau Pinang tidak jauh dari bandaraya utama dan pantai yang tersohor di Pulau Mutiara. Pulau Pinang terkenal dengan khazanah warisan, kepelbagaian etnik serta budaya yang menarik di samping keindahan bukit-bukau, taman-taman semulajadi, pantai, aktiviti membeli-belah dan keenakan juadah makanan. Antara pantai yang sering menjadi tumpuan adalah Tanjung Bungah, Batu Ferringhi dan Teluk Bahang.

Dari RM 110
LIHAT
Hotel Seri Malaysia Sungai Petani
Hotel Seri Malaysia Sungai Petani

Hotel Seri Malaysia Sungai Petani terletak hanya 45 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan satu jam dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Kedah. Sungai Petani adalah Bandar kedua terbesar di Kedah selepas Alor Setar. Nama ‘Sungai Petani’ berasal dari kawasan sawah padi yang sangat luas dan petani merupakan perlambangan kepada aktiviti utama penduduk negeri ini di samping kepesatan sektor perindustrian yang lain.

Dari RM 133
LIHAT
Hotel Seri Malaysia Taiping
Hotel Seri Malaysia Taiping

Terletak berdekatan Taman Tasik Taiping yang menawan, Hotel Seri Malaysia Taiping menjanjikan persekitaran yang nyaman dilengkapi 50 buah bilik penginapan. Ia berhampiran dengan satu-satunya Taman Safari Malam di Malaysia dan Bukit Maxwell yang dingin. Bersedialah merasai pengalaman hujan yang kerap dan mengejut kerana Taiping adalah Bandar yang paling kerap menerima hujan di Malaysia dengan kadar hujan tahunan sebanyak 4,000mm.

Dari RM 100
LIHAT