Kenali Kami

Kenali Malaysia menerusi Hotel Seri Malaysia!

Kami adalah rangkaian hotel tempatan yang terbesar di Malaysia yang boleh anda temui di serata negara.

Apa yang menjadikan kehidupan lebih menarik adalah peluang menerokai persekitaran dan dalam diri sendiri. Terokai pengalaman di Hotel Seri Malaysia dimana anda akan dapat menikmati pengalaman penginapan yang selesa serta kemudahan mesyuarat pada kadar yang sangat berpatutan dan memuaskan.

Kami mempunyai cawangan di 21 tempat (lebih 2000 bilik) yang terletak di lokasi-lokasi strategik di semua negeri kecuali Kelantan dan Sabah. Kemudahan yang kami tawarkan termasuk wifi, ASTRO (TV satelit), bilik mesyuarat, pusat perniagaan dan kolam renang.

Misi

Tetamu adalah keutamaan kami dan akan disambut dengan kemesraan dan layanan yang ikhlas.

Berusaha menjadi pengurusan yang cemerlang dengan menjalankan perniagaan secara telus demi pulangan baik.

Kami menyedari kepentingan pekerja dengan mewujudkan persekitaran kerja yang menarik serta menerapkan nilai-nilai murni.

Visi

Untuk menjadi rangkaian hotel saiz sederhana terkemuka yang menyediakan produk dan perkhidmatan yang terbaik.

Nilai-Nilai Murni

Pemilikan

Bertanggung jawab di atas setiap tindakan

Hormat

Menerima perbezaan orang lain

Integriti

Melakukannya dengan betul setiap masa

Semangat Berpasukan

Mencapai objektif yang sama

Kesegeraan

Kami merancang dan memberi keutamaan sewajarnya